Sudi-sudikanlah Untuk MengKlick Banner Di Bawah Ni... Thank You...

Tuesday, 31 July 2018

Wanita ini Datang Demo Anti Islam Sendirian. Apa yang Berlaku Seterusnya Sungguh Indah.

Wanita ini hadiri satu protes Anti Islam di depan Masjid, tapi dia ditinggalkan seorang diri kerana ternyata protes tersebut dibatalkan. Dialognya dengan Muslim yang menunggu di situ kemudian melahirkan sesuatu yang sungguh menyentuh hati.

SILA TONTON SAMPAI HABIS....




credit to Fakir Ilmu fb

Tuesday, 13 February 2018

Pelakon Ali Setan - Azmil Mustapha Meninggal Dunia

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Image result for azmil mustapha

Pelakon era 1980-an, Azmil Mustapha meninggal dunia akibat sakit jantung di Shah Alam, jam 1 tengah hari tadi.

Aku pernah jumpa dgn Allahyarham ni tahun lepas kat Petron Shah Alam.

Dia memang baik orangnya. Masa tu tak tergamak aku nak panggil dia Ali Setan.

Kat mulut dia asyik cakap Subhanallah, Subhanallah jer.

Muka asyik tersenyum jer.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.... Amiiinnnn...

Keputusan Rasmi Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL 32)

Keputusan Rasmi Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL 32)

Image result for ajl 32





JUARA: Hael Husaini (Jampi)
NAIB JUARA: Faizal Tahir  (Sejati)
TEMPAT KETIGA: Haqiem Rusli ( Tergantung Sepi)
Image result for ajl 32 jampi



VOKAL TERBAIK: Syamel & Ernie Zakri ( Aku Cinta)
Image result for ajl 32 aku cinta




PERSEMBAHAN TERBAIK: Altimet (Amboi)
Image result for ajl 32 altimet


Thursday, 25 January 2018

Pengalaman Bawak Uber & Grab...

Image result for uber grab


Ni pengalaman aku lepas aku kena buang kerja 2 tahun lepas...

Lepas jer kena buang kerja, aku balik kampung kat Melaka..

6 bulan jugak aku menganggur masa tu...

Tak tentu arah cari kerja nak teruskan hidup...

Memang sekarang ni susah cari kerja, so, siapa2 yg dah ada kerja tetap tu, bersyukurlah dan appreciate apa yang kita ada...

Masa tu aku tak fikir panjang, terus register utk bawak Uber dgn Grab kat Melaka...

Memang mcm2 pengalaman yg aku dapat sepanjang buat e-hailing nih..

Sepanjang 6 bulan tak kerja ni, aku bawak uber/grab sepenuh masa...

Alhamdulillah, masa tu dapat la jugak aku dlm RM1k seminggu..

Tapi badan agak penat, kereta jahanam dan jugak kena layan mcm2 kerenah penumpang...

Antara pengalaman2 yg tak dapat aku lupakan:

1. Kena maki dengan penumpang perempuan Indonesia sebab sampai lambat.

2. Bawak negro tokan dadah pergi bus station.

3. Kena hina dengan penumpang perempuan chinese sebab dia ingat aku tak pandai cakap English (dia tak tau yg aku duduk kat UK 2 tahun buat PhD dulu... hahaha)...

4. Pick up seorang awek cun tourist from China... (sampai sekarang masih keep in touch lagi dgn dia... hehe).

5. Penumpang awek melayu cun tiba2 suruh masuk McD drive through semata2 sebab nak belanja aku mkn McD.. dia kesian tengok aku bawak Grab... hehee

6. Aku maki student Arab sebab dia nak smoking kat dalam kereta aku... (kurang ajar punya budak arab nih)..

7. Dapat tips RM100 dpd seorang nenek tourist dpd UK... dia seronok borak dgn aku sebab aku cerita pengalaman masa tinggal kat UK dulu...

8. Kena tunggu hampir 15 minit sebab masalah pasangan tourist dpd Thailand nih... pakwe dia merajuk taknak masuk keta, awek dia dah masuk dah... mengada2 betul jantan tu... dahlah awek dia cun giler... hahahaha

9. Bawak tourist from Korea pergi Johor... dia claim diri dia putera raja kat Korea... entah le betul ke tak...

10. Bawak medical tourist from Indonesia nak pergi naik Genting... padahal mak dia tu tgh sakit, baru lepas buat treatment... tak pasal2 mak dia muntah dalam keta aku... nasib baik la dia bayau gantirugi...


Actually banyak lagi pengalaman sepanjang aku jadi drebar uber/grab nih... 

Lepas 6 bulan menyupir, alhamdulillah, aku dapat jugak kerja tetap kat company oil and gas kat Melaka...

Pengalaman yang tak dapat dibeli dgn wang ringgit......

Hello Everyone.... I'm Back

Image result for i'm back

Hi semua,

Setelah lebih setahun aku berhibernasi, akhirnya I'm back...

Banyak perkara yang berlaku sepanjang setahun lebih aku tak aktif ni..

Tak taulah kengkawan blogger masih ingat aku lagi ke tak...

BTW, alhamdulillah dah hampir setahun aku bekerja kat company baru kat Melaka..

Hampir 6 bulan jugak aku menganggur (lepas kena buang kerja dulu)...

Takpe, nanti aku akan coretkan kat posting lain tentang pengalaman2 aku tu...

Bye2 muah muah muah muah muah... 😍😍😍😍

Thursday, 20 October 2016

Dugaan Allah... Aku Dibuang Kerja...

Seperti yg aku briefly terangkan sebelum ni, aku ada masalah besar yg melanda...

Allah menduga aku bila aku tiba2 jer disuruh oleh bos aku utk berhenti kerja..

Aku terkedu bila mula2 bos aku panggil masuk bilik dia, pastu dia kata "the company does not required you anymore, you are retrenched"....

Terkebil2 aku bila bos aku cakap mcm tu... mcm tak percaya pun ada... dlm hati aku cakap, apa salah aku???

Tiba2 aku teringat kejadian 2 hari sebelum tu, bos aku ada suruh aku pergi Holland, sebab nak suruh aku setelkan problem besar kat sana... aku bagitau kat dia, buang duit, buang tenaga dan buang masa jer kalau aku pergi sana sebab problem tu mmg takkan setel sebab company kat Holland tu dah bankrupt....

Agaknya sebab tu la kot dia tak puas hati kat aku, then suruh aku berhenti.... nampak sangat ketidakprofesionalannya di situ...

Aku diberhentikan tanpa sebab kukuh, tapi aku pulak yg dia suruh bagi resign letter....kononnya lepas je aku bagi resign letter, company akan bagi compensation 2 bulan gaji...

Aku tak setuju... aku cakap if you want to terminate me, you should give me a termination letter, it's not me to give you a resign letter...

Masa tu agak tegang, aku dapatkan nasihat dpd member aku, lawyer IR (Industrial Relation), sebab kes aku ni tak tertakluk under undang2 buruh...

Bos aku dah tak sedap duduk sebab dia tau yg aku akan engage lawyer... aku pun stress gak sebab company dah suruh aku return laptop, so, aku dtg kerja goyang kaki takleh buat kerja...

Dua2 pihak (aku dan company) degil taknak kalah, aku taknak bagi resign letter, company taknak issue aku retrenchment letter... dia tau, kalau dia issue aku surat tu, aku akan terus bawak pergi industrial court, silap2 sampai 24 bulan pampasan dia kena bayar kat aku...

Hampir 2 minggu jugaklah aku dtg kerja goyang kaki, then bos aku lak hari2 panggil aku pressure aku suruh bagi resign letter...

Sampai aku dah tak tahan sgt, aku terus bagi Forced Resignation Letter, kat dalam tu aku tulis, aku disuruh oleh company utk berhenti... melompat mcm beruk bos aku, mengamuk dia... dia kata dia takkan terima surat tu... aku terus letak je atas meja dia, terus aku keluar opis balik rumah...

Pastu, dia start lah cari semua salah aku yg sekecik2 kuman pun dia ungkit... 2 hari lepas tu, aku dah malas pikir dah, aku buat resign letter, konon aku yg nak berenti, pastu aku cakaplah kat dia, aku dah bagi resign letter ni, aku harap dia kotakan janji dia... kalau dia bayar, adalah rezeki aku, kalau tak maknanya bukan rezeki aku la tu...

Sekarang ni aku masih lagi tunggu dia bayar compensation aku tu... dia janji nak bayar next week... takpelah, aku tunggu je lah...

Masalah utama aku skrg ni ialah nak cari kerja... sekarang ni kerja mmg susah sgt2 nak cari...

So, aku harap korang semua dapatlah doakan agar Allah permudahkan segala urusan aku dan diberikan ketenangan fikiran, jiwa dan hati...

Aku yakin setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.... 

Alhamdulillah... Akhirnya Berjaya Jugak Pos Hadiah GA Amsterdam..

Alhamdulillah... Akhirnya berjaya gak aku pos hadiah GA Amsterdam hari ni...


Setelah berminggu2 aku bergelut dengan masalah besar yg melanda diri aku ni...

Btw, aku harap hadiah2 GA tu akan selamat sampai ke semua pemenang yang bertuah..

Aku rasa disebabkan aku guna pos biasa, mungkin dalam 2-3 hari bekerja InsyaAllah barang akan sampai kot...

Lega rasanya bila dah setel hantar barang2 tu..

Sekarang ni aku nak concentrate setelkan masalah yg melanda diri aku yg macam aku cakap kat atas tu...

Aku akan terangkan kat entry lain lepas ni pasal masalah yg aku cakapkan tu...

So, aku harap korang2 semua dapat doakan agar Allah mempermudahkan segala urusan aku ye...

Amiiiinnnn.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...