­

Sudi-sudikanlah Untuk MengKlick Banner Di Bawah Ni... Thank You...

Thursday, 20 October 2016

Dugaan Allah... Aku Dibuang Kerja...

Seperti yg aku briefly terangkan sebelum ni, aku ada masalah besar yg melanda...

Allah menduga aku bila aku tiba2 jer disuruh oleh bos aku utk berhenti kerja..

Aku terkedu bila mula2 bos aku panggil masuk bilik dia, pastu dia kata "the company does not required you anymore, you are retrenched"....

Terkebil2 aku bila bos aku cakap mcm tu... mcm tak percaya pun ada... dlm hati aku cakap, apa salah aku???

Tiba2 aku teringat kejadian 2 hari sebelum tu, bos aku ada suruh aku pergi Holland, sebab nak suruh aku setelkan problem besar kat sana... aku bagitau kat dia, buang duit, buang tenaga dan buang masa jer kalau aku pergi sana sebab problem tu mmg takkan setel sebab company kat Holland tu dah bankrupt....

Agaknya sebab tu la kot dia tak puas hati kat aku, then suruh aku berhenti.... nampak sangat ketidakprofesionalannya di situ...

Aku diberhentikan tanpa sebab kukuh, tapi aku pulak yg dia suruh bagi resign letter....kononnya lepas je aku bagi resign letter, company akan bagi compensation 2 bulan gaji...

Aku tak setuju... aku cakap if you want to terminate me, you should give me a termination letter, it's not me to give you a resign letter...

Masa tu agak tegang, aku dapatkan nasihat dpd member aku, lawyer IR (Industrial Relation), sebab kes aku ni tak tertakluk under undang2 buruh...

Bos aku dah tak sedap duduk sebab dia tau yg aku akan engage lawyer... aku pun stress gak sebab company dah suruh aku return laptop, so, aku dtg kerja goyang kaki takleh buat kerja...

Dua2 pihak (aku dan company) degil taknak kalah, aku taknak bagi resign letter, company taknak issue aku retrenchment letter... dia tau, kalau dia issue aku surat tu, aku akan terus bawak pergi industrial court, silap2 sampai 24 bulan pampasan dia kena bayar kat aku...

Hampir 2 minggu jugaklah aku dtg kerja goyang kaki, then bos aku lak hari2 panggil aku pressure aku suruh bagi resign letter...

Sampai aku dah tak tahan sgt, aku terus bagi Forced Resignation Letter, kat dalam tu aku tulis, aku disuruh oleh company utk berhenti... melompat mcm beruk bos aku, mengamuk dia... dia kata dia takkan terima surat tu... aku terus letak je atas meja dia, terus aku keluar opis balik rumah...

Pastu, dia start lah cari semua salah aku yg sekecik2 kuman pun dia ungkit... 2 hari lepas tu, aku dah malas pikir dah, aku buat resign letter, konon aku yg nak berenti, pastu aku cakaplah kat dia, aku dah bagi resign letter ni, aku harap dia kotakan janji dia... kalau dia bayar, adalah rezeki aku, kalau tak maknanya bukan rezeki aku la tu...

Sekarang ni aku masih lagi tunggu dia bayar compensation aku tu... dia janji nak bayar next week... takpelah, aku tunggu je lah...

Masalah utama aku skrg ni ialah nak cari kerja... sekarang ni kerja mmg susah sgt2 nak cari...

So, aku harap korang semua dapatlah doakan agar Allah permudahkan segala urusan aku dan diberikan ketenangan fikiran, jiwa dan hati...

Aku yakin setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.... 

Alhamdulillah... Akhirnya Berjaya Jugak Pos Hadiah GA Amsterdam..

Alhamdulillah... Akhirnya berjaya gak aku pos hadiah GA Amsterdam hari ni...


Setelah berminggu2 aku bergelut dengan masalah besar yg melanda diri aku ni...

Btw, aku harap hadiah2 GA tu akan selamat sampai ke semua pemenang yang bertuah..

Aku rasa disebabkan aku guna pos biasa, mungkin dalam 2-3 hari bekerja InsyaAllah barang akan sampai kot...

Lega rasanya bila dah setel hantar barang2 tu..

Sekarang ni aku nak concentrate setelkan masalah yg melanda diri aku yg macam aku cakap kat atas tu...

Aku akan terangkan kat entry lain lepas ni pasal masalah yg aku cakapkan tu...

So, aku harap korang2 semua dapat doakan agar Allah mempermudahkan segala urusan aku ye...

Amiiiinnnn.....

Sunday, 2 October 2016

Finally, Keputusan Penuh Giveaway Amsterdam by SpendaLusuh..


Salam Maal Hijrah kepada semua..

Akhirnya aku dapat jugak menyempurnakan GA yg agak tertangguh ni...

Aku nak minta maaf pada semua, especially kepada peserta sebab buat korang ternanti2 siapa yg jadi pemenang GA Amsterdam ni...

Memang sepanjang 2-3 minggu lepas aku teramat busy dengan kerja dan sekali lagi masalah kesihatan...

And to cut it short, sekarang ni  aku nak umumkan pemenang GA Amsterdam by SpendaLusuh...

Disebabkan kekangan masa, aku decide untuk sekali lagi menggunakan khidmat random.org dengan function List Randomizer untuk memilih para pemenang...

Kat bawah ni adalah senarai pemenangnya...





1. Fridge magnet Amsterdam x 4













2. Key chain Holland x 3

  1. 7. http://duniakebahagiaanku.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
  2. 27. http://mulan-sahbanu.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
  3. 18. http://akhalilah.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html


3. Coin purse Amsterdam x 3

  1. 30. http://wannurnabihah.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
  2. 9. http://kasihkuamani.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
  3. 13. http://iammasitahsamsudin.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html


Kepada para pemenang diharap dapat PM your full name and delivery address kat FB Page SpendaLusuh https://www.facebook.com/spendalusuh

Hadiah2 akan diposkan.... 

Tarikh akhir tuntutan hadiah ialah pada 23/10/2016 dan siapa2 pemenang yang tuntut selepas tarikh tu, tidak akan dilayan...

Tahniah kepada semua pemenang, yang kurang bernasib baik tu nanti boleh cuba lagi lain kali ye...

Sekali lagi aku nak mohon maaf sebab lambat umumkan senarai pemenang...




p/s: sorry atas kesilapan tarikh sebelum ni dan thanks pada yg comment utk betulkan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...