Sudi-sudikanlah Untuk MengKlick Banner Di Bawah Ni... Thank You...

Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Tuesday, 19 July 2016

Nazali Noor - Penulis Buku Ulu Yam di Liverpool (UYDL)

Kalau korg kenal Nazali Noor, penulis buku Ulu Yam Di Liverpool tu, beliau kenalan aku masa kat UK...

Kitorang selalu gak berjumpa walaupun dia tinggal di Liverpool dan aku tinggal lebih kurang 1 jam perjalanan dari sana...

Kami kenal masa kat sana... memandangkan aku ni penyokong kuat pasukan Liverpool FC, kitorg selalu bincang pasal team kesayangan kitorang ni bila jumpa...

Nazali Noor ni merupakan seorang Pensyarah Kanan di Liverpool John Moores University...

Ada seorang isteri, Ain namanya... dan 5 orang anak, 1 perempuan, 4 lelaki...

Hidup dia sekeluarga kat UK ni memang survive... dan sekarang dia dah ada sebijik rumah kat Liverpool, disamping ada buat perkhidmatan Homestay untuk siapa2 yg nak dtg ke UK... 

Sebenarnya kalau korang nak tau lebih dekat lagi pasal Nazali Noor ni, korang bolehlah cari buku2 dia kat MPH...

Buat masa ni dia dah tulis 4 buah buku dah:
1. Ulu Yam Di Liverpool (UYDL)

2. Ulu Yam Di Liverpool 2 (UYDL2)

3. Anak-anak Abah (AAA)

4. Cerita Dari Hati (CDH)


Aku sendiri walaupun dah agak kenal dengan dia pun dah ada empat2 buku tulisan beliau nih...

Memang best cerita2 yg dia tulis... berdasarkan kisah kehidupan beliau sekeluarga...

Raya tahun ni Nazali sekeluarga ada balik Malaysia untuk beraya kat sini...

InsyaAllah, kalau berkesempatan, aku nak jumpa la jugak dgn dia... dah dekat 2 tahun tak berjumpa nih... hehehe

Sunday, 26 June 2016

Kisah Dulu2... Simpan Bulu Ayam Dalam Buku Sekolah...

Aku teringat masa kecik2 dulu, masa sekolah rendah...

Macam2 kegemaran dan permainan zaman aku kecik2 dulu yg aku rasa ramai bebudak zaman sekarang ni yg tak pernah rasa...

Zaman aku kecik2 dulu main guli, galah panjang, bola chap, konda-kondi, baling selipar, etc...

Kegemaran pulak, main labah2, lawan semut, simpan daun setawar dan simpan bulu ayam..

Untuk entry ni aku nak citer pasal simpan bulu ayam kat dalam buku sekolah..

Masa tu, boleh kata semua bebudak kat sekolah aku tu akan simpan bulu ayam kat dalam buku sekolah masing2..

Konon2nya, bulu ayam tu nanti akan tumbuh anak2 dia dengan warna2 yg lebih cantik lagi...

Pastu nak bagi baja, kena letak habuk sampah asah pensel sekali kat dlm buku tu..

Habis berabuk2 kotor buku masing2..

Konon2nya bulu ayam tu akan menyerap zat2 habuk asah pensel tu dan mengeluarkan bulu yg lebih gebu dan berwarna warni... hahahaha

Aku pun pelik, mcm mana lah bebudak time tu boleh terpikir benda2 "khurafat" mcm tu... hahahaha

Gigih tu, menunggu bulu tu tumbuh... 

Ada tak siapa2 yg sezaman dan ada pengalaman sama mcm aku ni... :P

Terasa diri ni tua la pulak... hehehe

Friday, 10 June 2016

(Buku) Siri Lima Penyiasat

Aku baru je beli pulak set buku siri 5 penyiasat nih...
Tapi lepas je habis baca semua judul utk siri ni aku ada rasa sikit kecewa sebab siri ni tak sama dengan siri 5 sekawan yg aku pernah baca dulu..

Kalau tak silap aku, siri 5 sekawan Enid Blyton dulu tu ada 4 orang budak je dgn seekor anjing nama Tompok.... dan siri tu ada berbelas judul..

By the way, aku enjoy jugak lah baca siri 5 penyiasat yg aku baru beli terbitan Fargoes nih..

Kisah tentang 5 budak bernama Gemuk, John, Samy, Mary dan Seroja bersama anjing Buster..

Diorg ni budak2 yg suka menyiasat perkara misteri kat kawasan diorg..

Selalunya penyiasatan diorg ni sering dihalang oleh seorg polis bernama Encik Goon..

Judul2 yg ada dlm siri ni:
1. Misteri Pondok Terbakar
2. Misteri Kucing Hilang
3. Misteri Bilik Rahsia
4. Misteri Rantai Hilang
5. Misteri Karung Ajaib
6. Misteri Surat Dendam
7. Misteri Banduan Ghaib
8. Misteri Kucing Pentomim
Walau mcm manapun, misi aku sendiri masih belum lagi selesai...

Aku nak cari jugak buku siri 5 sekawan Enid Blyton yg mcm aku pernah baca masa aku kecik2 dulu tu...

p/s: sebenarnya aku baru je tau yg Enid Blyton tu ialah seorang perempuan, ingatkan lelaki... hehehe


Wednesday, 8 June 2016

(Buku) Siri Tujuh Penyiasat - Enid Blyton

Hari tu aku ada pergi pesta buku KL kat MAEPS...

Ternampaklah kat booth Fargoes ada buku2 kecik yg diorg jual RM3.90 sebuah..

Buku2 Enid Blyton dalam Bahasa Melayu tu...

Memang ni lah buku2 yg aku cari2 selama ni..

Aku pun borong lah semua..

Teringat memori masa aku kecik2 dulu..

Dulu masa kecik2 mmg Ayah aku selalu beli buku2 Enid Blyton ni kat kitorg adik beradik, tapi sekarang ni mmg dah hilanglah, dah 20+ tahun dah...

Aku ingat lagi dulu2, selain 7 penyiasat, aku ada jugak siri 5 sekawan, siri penyiasatan Alfred Hitchcock dan siri Nancy Drew..

Tapi utk entry kali ni, aku just nak share pasal siri tujuh penyiasat jer..

Dalam siri ni ada 8 judul:
1. Rahsia Rumah Tua.
2. Pencuri Berkaki Kayu.
3. Pencuri Surat Berdaftar.
4. Mengesan Jejak.
5. Misteri Lubang Rahsia.
6. Pencuri Kereta.
7. Rahsia Gua Batu.
8. Rumah Seri Rahmat.

Basically, siri ni mengisahkan pasal penyiasat budak2 kecik yg terdiri dpd Rama, Balan, Sean Huat, Ranjit, Sarojini, Alice dan Lin. Diorg pun ada ditemani seekor anjing bernama Bobo...

Persatuan tak berdaftar ni dah banyak menyelesaikan masalah2 yg memerluakn diorg ni utk menjadi penyiasat..

Memang layan lah baca buku cerita ni... terasa mcm diri ni masih lagi budak2 jer... hahaha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...