Sudi-sudikanlah Untuk MengKlick Banner Di Bawah Ni... Thank You...

Showing posts with label rock. Show all posts
Showing posts with label rock. Show all posts

Tuesday, 16 August 2016

Hard Rock Cafe Amsterdam...

Entry ni aku nak citer tentang masa aku kat Amsterdam last week...

Masa hujung minggu kat sana aku gunakan sebaik mungkin berjalan2 kat sekitar Amsterdam..

Antara tempat yg mesti pergi masa kat situ ialah Hard Rock Cafe Amsterdam...

Aku pergi kat HRC tu bukan nak minum pun, just nak beli baju dan souvenir HRC kat Hard Rock Shop untuk kengkawan...



Cara paling senang kalau korang nak pergi situ ialah dgn naik tram...

Bawah ni aku list down step2 kalau korang nak pergi sana daripada Schiphol Airport...

1. Bila korang sampai jer kat Schiphol Airport, korang kena beli tiket train dpd Airport ke Amsterdam Central (Centrum)... beli day rider punya tiket, harga € 9.40 untuk pergi dan balik.. nak beli tiket boleh beli kat counter ataupun kat machine... tapi kat machine hanya terima duit coins dan credit/debit card sahaja... kalau korang ada notes/duit kertas, korang kena beratur beli tiket kat counter...

2. Lepas dah ada tiket tu, korang pergi cari screen yg menunjukkan Platform ataupun lane mana yg korang kena tunggu train tu nanti... dalam bahasa Dutch dia panggil "spoor"....

3. Dah tau platform mana, korang terus lah pergi kat platform tu... tapi, sebelum korang masuk kat gate nak masuk platform tu, make sure korang scan dulu train ticket tu...

4. Dah tunggu kat platform, bila train sampai jer, korang naik lah train ke Amsterdam Central... aku rasa dlm lebih kurang 20 minit kot nak sampai ke sana... train dia ada 2 tingkat, dan siap ada wifi connection lagi...

5. Bila korang sampai jer kat Amsterdam Central, korang kena keluar bangunan station tu dan pergi cari tram stop kat depan Amsterdam Central tu...

6. Cari tram number 1, 2 or 5... cakap nak pergi Leidseplein... tram ticket tu harga € 2.90 dan boleh guna selama sejam jer...

7. Bila tram tu sampai jer kat Leidseplein, korang turun dan tanya kat org2 kat situ mana Hard Rock Cafe... dah dekat dah sebenarnya... dalam 300m jer from tempat korang turun tram tu tadi... cuma tempat dia agak tersorok sikit...


8. Sampailah korang kat Hard Rock Cafe Amsterdam tu... nak cari apa2 souvenir or baju, boleh cari kat Hard Rock Shop sebelah HRC tu...

9. Untuk memudahkan lagi, kat depan HRC tu ada tempat orang main catur besar... kalau korang jumpa tempat tu means korang dah sampailah kat HRC tu...


Ok.... harap2 explanation ni dapat memudahkan kalau korang nak ke sana nanti...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...