Sudi-sudikanlah Untuk MengKlick Banner Di Bawah Ni... Thank You...

Tuesday, 14 June 2016

Hidup Ini Ibarat Spenda....

Hidup Ini Ibarat Spenda,

Semakin Lusuh Semakin Banyak Pengalaman nya…
- Prof Emeritus Tan Sri Datuk Dr Ir Spendaluddin Alhabshi -


Monday, 13 June 2016

Bayi Lahir Tanpa Kulit

Seorang bayi perempuan di kota Amravati, India dilahirkan tanpa kulit...

Penyakit yg secara saintifiknya dikenali sebagai Harlequin Ichthyosis tergolong didalam penyakit genetic berat...

Seseorang bayi yg dapat penyakit ni dikatakan memerlukan rawatan seumur hidup..

Bayi perempuan itu lahir dengan dua lubang kecil untuk hidung, kelopak mata terbalik, dan tak ada telinga...

Sunday, 12 June 2016

Acapan Nafi Sudah Peluk Islam...

Berita kat bawah ni aku amik daripada mStar Online...

PETALING JAYA: Pelawak Acappan meminta orang ramai agar terus menghentikan penyebaran berita kononnya dia sudah memeluk Islam berikutan isu itu menjadi viral di laman sosial sejak Isnin.

Acappan atau nama sebenarnya, Samynathan Rethinan, 58, berkata, foto-foto yang tersebar itu adalah ketika dia menghadiri jemputan berbuka puasa pada Ahad di sebuah surau di Salak Tinggi dekat sini.

"Saya belum lagi bersedia untuk memeluk agama Islam, jika sudah bersedia saya akan beritahu kepada semua tentang itu.
"Saya akui sedang mendalami agama Islam sejak mula berlakon lagi saya suka belajar tentang agama dan berkawan rapat dengan kawan-kawan beragama Islam," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Isnin.

Acappan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang dakwaan dia sudah memeluk agama Islam selepas foto dia berbuka puasa dengan rakan-rakannya di sebuah surau tersebar.


Acappan

Terdapat juga rakan artis dalam gambar-gambar yang disebarkan itu antaranya pelakon Isma Aliff, Ijam (Medicine) dan Iwan.

Malah, berita itu juga turut dikongsi oleh rakan-rakan arits di media sosial yang mengucapkan syukur atas penghijrahan berkenaan. 
Dia dikatakan menggunakan nama Islamnya Shahrin Abdullah dan ada yang mendakwa namanya Muhammad Ramadhan

Dalam pada itu menurut Acappan, dia dijemput oleh seorang kawan yang ingin memperkenalkannya dengan seorang ulama Islam bagi membincangkan pelbagai perkara tentang agama.

"Ini merupakan kali pertama saya ke surau atas undangan seorang rakan, katanya ingin bercakap soal agama dengan seorang maulana yang datang di surau itu semalam (Ahad).

"Tidak salah rasanya saya memenuhi undangan tersebut dan berborak-borak tentang agama," ujarnya.

Dalam pada itu, Acappan turut memohon agar orang ramai tidak mudah percaya berita yang tersebar tanpa pengesahan daripada mulut dia terlebih dahulu.

Katanya, sejak foto dan berita itu menjadi viral, dia menerima pelbagai reaksi daripada rakan-rakan terdekat dan keluarga yang meminta pengesahan mengenainya.

Saya suka agama Islam tapi saya mohon bagi saya masa untuk ke arah itu dan jangan sebarkan berita yang tidak betul.

"Hari ini semua jadi kecoh dan keluarga saya juga minta penjelasan berhubung berita ini," ujarnya.


Sumber: mStar Online

Hmmm... semoga Allah melembutkan dan membuka pintu hati Acapan ni untuk betul2 memeluk Islam... InsyaAllah....

Rancangan TV Pendidikan Tahun 80-an - Cerita Kartun Sang Kancil..

Dulu masa aku kecik2, aku suka sgt tengok rancangan TV pendidikan ni..

Antara cerita yg best, cerita kartun Sang Kancil..

Ada Sang Kancil dgn Monyet, Sang Kancil dgn Buaya, Buaya dan Kerbau, dll...

Antara ayat2 yg popular masa tu:
     Sang Monyet: Aku nak itu, aku nak itu....
     Sang Kancil: Kita tak boleh makan buah tu monyet...
     Sang Monyet: Aku tak peduli, aku tak peduli, aku nak juga...
     Sang Kancil: Jangan Monyet... Jangan...

Ni ada video aku jumpa kat youtube...


Rindunya kenangan masa budak2 dulu... 

Copa America 2016 - Brazil Tersingkir, Tewas dgn Peru..

Pasukan Brazil tersingkir dari saingan Copa America Centenario USA 2016...
Brazil tadi tewas dgn Peru 0-1...

Menyaksikan gol kontroversi jaringan pemain Peru di minit ke-79 perlawanan..

Gol itu dikatakan kontroversi kerana dikatakan terkena tangan..

Bye2 Brazil...

Pelawak Acapan Memeluk Islam???... Terkini: Acapan Nafi Sudah Peluk Islam...

Berita terkini:

Acapan Nafi Sudah Peluk Islam...


Berita kat bawah ni aku amik daripada mStar Online...

PETALING JAYA: Pelawak Acappan meminta orang ramai agar terus menghentikan penyebaran berita kononnya dia sudah memeluk Islam berikutan isu itu menjadi viral di laman sosial sejak Isnin.

Acappan atau nama sebenarnya, Samynathan Rethinan, 58, berkata, foto-foto yang tersebar itu adalah ketika dia menghadiri jemputan berbuka puasa pada Ahad di sebuah surau di Salak Tinggi dekat sini.

"Saya belum lagi bersedia untuk memeluk agama Islam, jika sudah bersedia saya akan beritahu kepada semua tentang itu.
"Saya akui sedang mendalami agama Islam sejak mula berlakon lagi saya suka belajar tentang agama dan berkawan rapat dengan kawan-kawan beragama Islam," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Isnin.

Acappan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang dakwaan dia sudah memeluk agama Islam selepas foto dia berbuka puasa dengan rakan-rakannya di sebuah surau tersebar.


Acappan

Terdapat juga rakan artis dalam gambar-gambar yang disebarkan itu antaranya pelakon Isma Aliff, Ijam (Medicine) dan Iwan.

Malah, berita itu juga turut dikongsi oleh rakan-rakan arits di media sosial yang mengucapkan syukur atas penghijrahan berkenaan. 
Dia dikatakan menggunakan nama Islamnya Shahrin Abdullah dan ada yang mendakwa namanya Muhammad Ramadhan

Dalam pada itu menurut Acappan, dia dijemput oleh seorang kawan yang ingin memperkenalkannya dengan seorang ulama Islam bagi membincangkan pelbagai perkara tentang agama.

"Ini merupakan kali pertama saya ke surau atas undangan seorang rakan, katanya ingin bercakap soal agama dengan seorang maulana yang datang di surau itu semalam (Ahad).

"Tidak salah rasanya saya memenuhi undangan tersebut dan berborak-borak tentang agama," ujarnya.

Dalam pada itu, Acappan turut memohon agar orang ramai tidak mudah percaya berita yang tersebar tanpa pengesahan daripada mulut dia terlebih dahulu.

Katanya, sejak foto dan berita itu menjadi viral, dia menerima pelbagai reaksi daripada rakan-rakan terdekat dan keluarga yang meminta pengesahan mengenainya.

Saya suka agama Islam tapi saya mohon bagi saya masa untuk ke arah itu dan jangan sebarkan berita yang tidak betul.

"Hari ini semua jadi kecoh dan keluarga saya juga minta penjelasan berhubung berita ini," ujarnya.


Sumber: mStar Online

Hmmm... semoga Allah melembutkan dan membuka pintu hati Acapan ni untuk betul2 memeluk Islam... InsyaAllah....



Berita sebelum:
Alhamdulillah,

Pelakon dan pelawak veteran, Acapan dikhabarkan dah memeluk agama Islam...

Sesungguhnya hidayah itu milik Allah..

Nama Islam beliau sekarang ni ialah Muhammad Ramadhan Abdullah..

Aku memang minat semua cerita lakonan dia ni...

Semoga beliau mendapat bimbingan yg baik sebagai saudara Islam baru.. insyaAllah..

Friday, 10 June 2016

(Buku) Siri Lima Penyiasat

Aku baru je beli pulak set buku siri 5 penyiasat nih...
Tapi lepas je habis baca semua judul utk siri ni aku ada rasa sikit kecewa sebab siri ni tak sama dengan siri 5 sekawan yg aku pernah baca dulu..

Kalau tak silap aku, siri 5 sekawan Enid Blyton dulu tu ada 4 orang budak je dgn seekor anjing nama Tompok.... dan siri tu ada berbelas judul..

By the way, aku enjoy jugak lah baca siri 5 penyiasat yg aku baru beli terbitan Fargoes nih..

Kisah tentang 5 budak bernama Gemuk, John, Samy, Mary dan Seroja bersama anjing Buster..

Diorg ni budak2 yg suka menyiasat perkara misteri kat kawasan diorg..

Selalunya penyiasatan diorg ni sering dihalang oleh seorg polis bernama Encik Goon..

Judul2 yg ada dlm siri ni:
1. Misteri Pondok Terbakar
2. Misteri Kucing Hilang
3. Misteri Bilik Rahsia
4. Misteri Rantai Hilang
5. Misteri Karung Ajaib
6. Misteri Surat Dendam
7. Misteri Banduan Ghaib
8. Misteri Kucing Pentomim
Walau mcm manapun, misi aku sendiri masih belum lagi selesai...

Aku nak cari jugak buku siri 5 sekawan Enid Blyton yg mcm aku pernah baca masa aku kecik2 dulu tu...

p/s: sebenarnya aku baru je tau yg Enid Blyton tu ialah seorang perempuan, ingatkan lelaki... hehehe


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...