Sudi-sudikanlah Untuk MengKlick Banner Di Bawah Ni... Thank You...

Thursday 20 October 2016

Dugaan Allah... Aku Dibuang Kerja...

Seperti yg aku briefly terangkan sebelum ni, aku ada masalah besar yg melanda...

Allah menduga aku bila aku tiba2 jer disuruh oleh bos aku utk berhenti kerja..

Aku terkedu bila mula2 bos aku panggil masuk bilik dia, pastu dia kata "the company does not required you anymore, you are retrenched"....

Terkebil2 aku bila bos aku cakap mcm tu... mcm tak percaya pun ada... dlm hati aku cakap, apa salah aku???

Tiba2 aku teringat kejadian 2 hari sebelum tu, bos aku ada suruh aku pergi Holland, sebab nak suruh aku setelkan problem besar kat sana... aku bagitau kat dia, buang duit, buang tenaga dan buang masa jer kalau aku pergi sana sebab problem tu mmg takkan setel sebab company kat Holland tu dah bankrupt....

Agaknya sebab tu la kot dia tak puas hati kat aku, then suruh aku berhenti.... nampak sangat ketidakprofesionalannya di situ...

Aku diberhentikan tanpa sebab kukuh, tapi aku pulak yg dia suruh bagi resign letter....kononnya lepas je aku bagi resign letter, company akan bagi compensation 2 bulan gaji...

Aku tak setuju... aku cakap if you want to terminate me, you should give me a termination letter, it's not me to give you a resign letter...

Masa tu agak tegang, aku dapatkan nasihat dpd member aku, lawyer IR (Industrial Relation), sebab kes aku ni tak tertakluk under undang2 buruh...

Bos aku dah tak sedap duduk sebab dia tau yg aku akan engage lawyer... aku pun stress gak sebab company dah suruh aku return laptop, so, aku dtg kerja goyang kaki takleh buat kerja...

Dua2 pihak (aku dan company) degil taknak kalah, aku taknak bagi resign letter, company taknak issue aku retrenchment letter... dia tau, kalau dia issue aku surat tu, aku akan terus bawak pergi industrial court, silap2 sampai 24 bulan pampasan dia kena bayar kat aku...

Hampir 2 minggu jugaklah aku dtg kerja goyang kaki, then bos aku lak hari2 panggil aku pressure aku suruh bagi resign letter...

Sampai aku dah tak tahan sgt, aku terus bagi Forced Resignation Letter, kat dalam tu aku tulis, aku disuruh oleh company utk berhenti... melompat mcm beruk bos aku, mengamuk dia... dia kata dia takkan terima surat tu... aku terus letak je atas meja dia, terus aku keluar opis balik rumah...

Pastu, dia start lah cari semua salah aku yg sekecik2 kuman pun dia ungkit... 2 hari lepas tu, aku dah malas pikir dah, aku buat resign letter, konon aku yg nak berenti, pastu aku cakaplah kat dia, aku dah bagi resign letter ni, aku harap dia kotakan janji dia... kalau dia bayar, adalah rezeki aku, kalau tak maknanya bukan rezeki aku la tu...

Sekarang ni aku masih lagi tunggu dia bayar compensation aku tu... dia janji nak bayar next week... takpelah, aku tunggu je lah...

Masalah utama aku skrg ni ialah nak cari kerja... sekarang ni kerja mmg susah sgt2 nak cari...

So, aku harap korang semua dapatlah doakan agar Allah permudahkan segala urusan aku dan diberikan ketenangan fikiran, jiwa dan hati...

Aku yakin setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.... 

Alhamdulillah... Akhirnya Berjaya Jugak Pos Hadiah GA Amsterdam..

Alhamdulillah... Akhirnya berjaya gak aku pos hadiah GA Amsterdam hari ni...


Setelah berminggu2 aku bergelut dengan masalah besar yg melanda diri aku ni...

Btw, aku harap hadiah2 GA tu akan selamat sampai ke semua pemenang yang bertuah..

Aku rasa disebabkan aku guna pos biasa, mungkin dalam 2-3 hari bekerja InsyaAllah barang akan sampai kot...

Lega rasanya bila dah setel hantar barang2 tu..

Sekarang ni aku nak concentrate setelkan masalah yg melanda diri aku yg macam aku cakap kat atas tu...

Aku akan terangkan kat entry lain lepas ni pasal masalah yg aku cakapkan tu...

So, aku harap korang2 semua dapat doakan agar Allah mempermudahkan segala urusan aku ye...

Amiiiinnnn.....

Sunday 2 October 2016

Finally, Keputusan Penuh Giveaway Amsterdam by SpendaLusuh..


Salam Maal Hijrah kepada semua..

Akhirnya aku dapat jugak menyempurnakan GA yg agak tertangguh ni...

Aku nak minta maaf pada semua, especially kepada peserta sebab buat korang ternanti2 siapa yg jadi pemenang GA Amsterdam ni...

Memang sepanjang 2-3 minggu lepas aku teramat busy dengan kerja dan sekali lagi masalah kesihatan...

And to cut it short, sekarang ni  aku nak umumkan pemenang GA Amsterdam by SpendaLusuh...

Disebabkan kekangan masa, aku decide untuk sekali lagi menggunakan khidmat random.org dengan function List Randomizer untuk memilih para pemenang...

Kat bawah ni adalah senarai pemenangnya...





1. Fridge magnet Amsterdam x 4













2. Key chain Holland x 3

  1. 7. http://duniakebahagiaanku.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
  2. 27. http://mulan-sahbanu.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
  3. 18. http://akhalilah.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html


3. Coin purse Amsterdam x 3

  1. 30. http://wannurnabihah.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
  2. 9. http://kasihkuamani.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
  3. 13. http://iammasitahsamsudin.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html


Kepada para pemenang diharap dapat PM your full name and delivery address kat FB Page SpendaLusuh https://www.facebook.com/spendalusuh

Hadiah2 akan diposkan.... 

Tarikh akhir tuntutan hadiah ialah pada 23/10/2016 dan siapa2 pemenang yang tuntut selepas tarikh tu, tidak akan dilayan...

Tahniah kepada semua pemenang, yang kurang bernasib baik tu nanti boleh cuba lagi lain kali ye...

Sekali lagi aku nak mohon maaf sebab lambat umumkan senarai pemenang...




p/s: sorry atas kesilapan tarikh sebelum ni dan thanks pada yg comment utk betulkan...

Saturday 24 September 2016

Giveaway Amsterdam by SpendaLusuh Ditutup

OK... Penyertaan Giveaway Amsterdam by SpendaLusuh dah Ditutup...

Jadi kat bawah ni adalah senarai peserta yang akan dipilih untuk memenangi hadiah2 seperti yg ditawarkan...



Senarai Peserta

1. http://azraq-hydrangea.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
2. http://kanvasdakwat.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
3. http://masturanasarudin.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
4. http://penggaliilmudunia.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
5. http://tujuhpetak.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
6. http://sotskirt.blogspot.com/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
7. http://duniakebahagiaanku.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
8. http://at-tarmizi.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
9. http://kasihkuamani.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
10. http://nam-comel.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html

11. http://yangbaik.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
12. http://secondblogimpianacikyaanie.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
13. http://iammasitahsamsudin.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
14. http://seindahcerita.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
15. http://www.yayacendana.com/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
16. https://belogs.blogspot.my/2016/08/giveway-amsterdam-by-spendalusuh.html
17. http://hanyadihatiku.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
18. http://akhalilah.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
19. http://muslimahsejati96.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
20. http://tintahayati.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html

21. http://www.sihatitunikmat.com/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
22. http://www.bajuwarnacoklat.com/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
23. http://littlesnorlax.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
24. http://kehidupanseorangbujang.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
25. http://msvelentine.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
26. http://jombercontest.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
27. http://mulan-sahbanu.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
28. http://loveyoucontest.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
29. https://thezafirahnazri.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
30. http://wannurnabihah.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html

31. http://mykawaaiiionlinediary.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
32. https://smoochiemallow.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
33. http://www.khairunnisahamdan.com/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
34. http://galeriduniaku.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
35. http://adna2029.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
36. http://hakmilikmyra.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
37. https://cikash.blogspot.com/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
38. http://theathra.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
39. http://norshamimi.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
40. http://miamorzafirah.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html

41. http://huhahuhajerr.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
42. http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
43. http://misztrex.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
44. http://cintahawaa.blogspot.com/2016/09/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
45. http://meinnameisthazrina.blogspot.my/2016/09/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
46. http://muffincokelatcinta.blogspot.my/2016/09/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
47. https://mellyacrayola.blogspot.my/2016/09/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
48. http://www.mohdnoorshawals.com/2016/09/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
49. https://izyanyancinnamon.blogspot.my/2016/09/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
50. http://chasserdedroom.blogspot.my/2016/09/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html

51. http://jaguarfiey.blogspot.my/p/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
52. http://mrsablogstori.blogspot.my/2016/09/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
53. http://www.sayidahnapisah.com/2016/09/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
54. http://ftndiana.blogspot.my/2016/09/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
55. http://missobsesi.blogspot.my/2016/09/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
56. https://farhanajafri.blogspot.my/2016/09/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html


Kepada yang tak sempat join tu boleh cuba dilain masa yer...

Sekarang ni aku nak berehat dulu sambil2 nak fikir mcm mana nak select pemenang nih...

OK... good nite...

Beberapa Jam Lagi Sebelum Giveaway Amsterdam by SpendaLusuh Ditutup


Ada beberapa jam lagi sebelum GA Amsterdam ni ditutup...

Lepas ni SpendaLusuh nak berehat kejap, then baru lah umumkan siapa pemenang GA ni..,

So, siapa2 yang belum join lagi tu cepat2 join sebelum terlambat....

Aku akan tutup penyertaan pada tepat pukul 12 malam ni yer...

Good luck.... :)

Sunday 18 September 2016

Gentle Reminder: 5 Hari Sebelum GA Amsterdam Melabuhkan Tirai..

Setelah agak lama aku berhibernasi, hari ni aku buat satu entry reminder untuk siapa2 yg masih belum join lagi GA Amsterdam by SpendaLusuh ni...



Ada lagi lebih kurang 5 hari sebelum penyertaan GA ni ditutup...

Aku ingat, lepas jer 24/9 GA tu ditutup, aku nak berehat dulu dalam sehari, then 26/9 nanti baru aku akan umumkan pemenang yang bertuah...

Siapa2 pemenang bertuah tu nanti diharap dapat PM kat fb page SpendaLusuh korang punya nama penuh dan alamat ye...

Kepada semua peserta dan bakal peserta........


Wednesday 7 September 2016

Berhibernasi Sebentar...

Dah agak lama gak aku berhibernasi ni...

Bukan apa, aku baru jer balik dpd Bandung-Puncak-Jakarta for company trip..

Seminggu kat sana, rasa malas nak update blog...

Ni pun buat entry ni just nak bagitau yg SpendaLusuh still alive... hehe

Lagipun ada satu GA lagi yg belum close kan... GA Amstredam

Lepas balik dpd Indonesia jer kerja pun bertimbun2, sampai tak sempat nak menghadap blog...

Harap2 lepas2 raya nanti bolehlah aktifkan diri balik berblogging...

Sekian saja coretan pendek dpd aku.... Selamat menyambut Aidil Adha...


Wednesday 24 August 2016

Batam, Indonesia: Rumpun Melayu Sumatera..

Akhir tahun 2015 membawa kepada awal tahun 2016, aku selalu pergi ke Pulau Batam nih atas urusan kerja...

Kalau tak silap aku, 4 kali jugak lah aku ulang alik dari KL ke Batam...

Kalau nak ke Batam, boleh naik flight Malindo Air dari Subang Airport ke Airport Batam (Hang Nadim Airport)..

Jarak penerbangan lebih kurang sejam lebih jer..

So far, dalam 4 kali aku ke sana tu, pernah sekali jer aku pergi naik bot, from Setulang ke Jeti Batam...

Masa mula2 sampai kat Batam tu, aku tengok macam tak banyak beza dengan Malaysia, sebab diorang ni kebanyakannya cakap bahasa Melayu macam kita jugak...

Cuma kengkadang tu kalau kita terjumpa dengan orang Jawa, for sure lah diorang akan cakap bahasa Jawa...

Tapi kalau tang makanan, korang jangan terkejut lah kalau kedai makan kat situ ada serve arak... tu mmg akan sering korang akan jumpa... yg amik order siap pakai tudung lagi...

Dan tak berapa banyak tempat2 menarik untuk dikunjungi kat Batam ni... or maybe sebab aku takde masa nak jenjalan kot sebab busy dengan urusan kerja...

Sempat jugak aku gi makan kat KFC dia... mmg lain compared to kat Malaysia... coleslaw pun takde jual kat situ... pastu, ayam takleh nak pilih, kalau nak breast, tight or drumstick...

Masa trip terakhir aku kat sana tu jer lah aku sempat jenjalan sikit kat pulau2 berhampiran dengan pulau utama Batam..

Kat sana ada 7 pulau2 kecik yg dihubungkan dengan jambatan... antara pulau yg aku sempat pergi Pulau Setotok...






Antara banyak2 jambatan yg ada kat situ, jambatan yang agak popular ialah Jambatan Barelang...





Tengah aku jenjalan dekat Pulau Setokok, dengan Pak Supir aku yg memang best, namanya Pak Agus, tetiba aku ternampak ada sorang awek atas motor tgh main phone kat bawah pondok...

Pergh, boleh tahan awek2 Melayu Batam nih... bila Pak Agus dengar je aku cakap mcm tu, terus jer Pak Agus stop kereta, turun pastu buat2 tanya kat awek tu jalan nak keluar...hahaha

Pak Agus nih memang lah... aku sesaja jer cakap camtu... pastu, Pak Agus siap tunjuk2 lagi kat aku yg dalam kereta tu... segan lak aku... hahaha

Yg kelakar tu, awek tu panggil Pak Agus, Mas, means Abang.... ye Mas, ada apa? ... Pak Agus balas... jangan panggil saya Mas, saya sudah tua, panggil saya Bapak... yg Mas itu di dalam mobil... hahaha... btw, Pak Agus ni asal orang Jawa.....

Conclusion nya, bagi aku, Batam ni agak nice jugak lah... cuma cost of living kat sini mmg mahal gila... kat sini guna Rupiah, tapi living cost dia follow macam Singapore... sebab mmg pulau ni dekat dengan Singapore... sekali makan tengahari, kalau convert RM dalam RM16 jugak lah... ala2 kat KL gitu...

So, kalau korang nak jenjalan kat sini, kenalah bawak duit lebih sikit utk nak makan... ok...

Saturday 20 August 2016

Giveaway Amsterdam by SpendaLusuh



Seperti yang aku dah bagitau hari tu, aku nak buat GA Amsterdam untuk kengkawan blogger semua...

Dengan ini, hari ini dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, aku membuka penyertaan GA Amsterdam by SpendaLusuh secara rasminya...

Syarat-syaratnya ialah:

  • Follow Blog SpendaLusuh (bagi yg belum follow).
  • Like facebook page SpendaLusuh (bagi yg belum like)
  • Buat satu entry bertajuk “Giveaway Amsterdam by SpendaLusuh”
  • Copy & Paste poster kat atas tu dan backlink ke entry ni.
  • Comment sambil bubuh link post kat bawah ni.
  • Click lah jugak semua nuffnang ads yang ada kat blog ni sekali ye….

Hadiah2 merupakan:
1. Fridge magnet Amsterdam x 4




2. Key chain Holland x 3

3. Coin purse Amsterdam x 3


- Pemenang2 akan ditentukan samada melalui cabutan dan jugak perkara2 lain...
- Kalau sempat, keputusan akan diumumkan pada 25/9/2016.
- Keputusan penganjur adalah muktamad.
- Segala bantahan dan surat menyurat tidak akan dilayan..


Semoga Berjaya....



Friday 19 August 2016

(Live) Siaran Langsung : Malaysia lwn China | Badminton Beregu Lelaki | Olimpik Rio 2016






credit to Astro Arena

Thursday 18 August 2016

Usain Bolt wins gold in 200m with a timing of 19.78 secs

Usain Bolt wins gold medal in 200m Rio Olympic Games 2016 just now...

19.78 seconds is what it took for the fastest man in the world to defend his men's 200m title...

Total Eighth Olympic gold - 6th individual - for him. 

Andre De Grasse takes silver, while Christophe Lemaitre settles for bronze.



Menang lagi Usain Bolt ni... power giler..

Tuesday 16 August 2016

Hard Rock Cafe Amsterdam...

Entry ni aku nak citer tentang masa aku kat Amsterdam last week...

Masa hujung minggu kat sana aku gunakan sebaik mungkin berjalan2 kat sekitar Amsterdam..

Antara tempat yg mesti pergi masa kat situ ialah Hard Rock Cafe Amsterdam...

Aku pergi kat HRC tu bukan nak minum pun, just nak beli baju dan souvenir HRC kat Hard Rock Shop untuk kengkawan...



Cara paling senang kalau korang nak pergi situ ialah dgn naik tram...

Bawah ni aku list down step2 kalau korang nak pergi sana daripada Schiphol Airport...

1. Bila korang sampai jer kat Schiphol Airport, korang kena beli tiket train dpd Airport ke Amsterdam Central (Centrum)... beli day rider punya tiket, harga € 9.40 untuk pergi dan balik.. nak beli tiket boleh beli kat counter ataupun kat machine... tapi kat machine hanya terima duit coins dan credit/debit card sahaja... kalau korang ada notes/duit kertas, korang kena beratur beli tiket kat counter...

2. Lepas dah ada tiket tu, korang pergi cari screen yg menunjukkan Platform ataupun lane mana yg korang kena tunggu train tu nanti... dalam bahasa Dutch dia panggil "spoor"....

3. Dah tau platform mana, korang terus lah pergi kat platform tu... tapi, sebelum korang masuk kat gate nak masuk platform tu, make sure korang scan dulu train ticket tu...

4. Dah tunggu kat platform, bila train sampai jer, korang naik lah train ke Amsterdam Central... aku rasa dlm lebih kurang 20 minit kot nak sampai ke sana... train dia ada 2 tingkat, dan siap ada wifi connection lagi...

5. Bila korang sampai jer kat Amsterdam Central, korang kena keluar bangunan station tu dan pergi cari tram stop kat depan Amsterdam Central tu...

6. Cari tram number 1, 2 or 5... cakap nak pergi Leidseplein... tram ticket tu harga € 2.90 dan boleh guna selama sejam jer...

7. Bila tram tu sampai jer kat Leidseplein, korang turun dan tanya kat org2 kat situ mana Hard Rock Cafe... dah dekat dah sebenarnya... dalam 300m jer from tempat korang turun tram tu tadi... cuma tempat dia agak tersorok sikit...


8. Sampailah korang kat Hard Rock Cafe Amsterdam tu... nak cari apa2 souvenir or baju, boleh cari kat Hard Rock Shop sebelah HRC tu...

9. Untuk memudahkan lagi, kat depan HRC tu ada tempat orang main catur besar... kalau korang jumpa tempat tu means korang dah sampailah kat HRC tu...


Ok.... harap2 explanation ni dapat memudahkan kalau korang nak ke sana nanti...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...