Sudi-sudikanlah Untuk MengKlick Banner Di Bawah Ni... Thank You...

Thursday 20 October 2016

Dugaan Allah... Aku Dibuang Kerja...

Seperti yg aku briefly terangkan sebelum ni, aku ada masalah besar yg melanda...

Allah menduga aku bila aku tiba2 jer disuruh oleh bos aku utk berhenti kerja..

Aku terkedu bila mula2 bos aku panggil masuk bilik dia, pastu dia kata "the company does not required you anymore, you are retrenched"....

Terkebil2 aku bila bos aku cakap mcm tu... mcm tak percaya pun ada... dlm hati aku cakap, apa salah aku???

Tiba2 aku teringat kejadian 2 hari sebelum tu, bos aku ada suruh aku pergi Holland, sebab nak suruh aku setelkan problem besar kat sana... aku bagitau kat dia, buang duit, buang tenaga dan buang masa jer kalau aku pergi sana sebab problem tu mmg takkan setel sebab company kat Holland tu dah bankrupt....

Agaknya sebab tu la kot dia tak puas hati kat aku, then suruh aku berhenti.... nampak sangat ketidakprofesionalannya di situ...

Aku diberhentikan tanpa sebab kukuh, tapi aku pulak yg dia suruh bagi resign letter....kononnya lepas je aku bagi resign letter, company akan bagi compensation 2 bulan gaji...

Aku tak setuju... aku cakap if you want to terminate me, you should give me a termination letter, it's not me to give you a resign letter...

Masa tu agak tegang, aku dapatkan nasihat dpd member aku, lawyer IR (Industrial Relation), sebab kes aku ni tak tertakluk under undang2 buruh...

Bos aku dah tak sedap duduk sebab dia tau yg aku akan engage lawyer... aku pun stress gak sebab company dah suruh aku return laptop, so, aku dtg kerja goyang kaki takleh buat kerja...

Dua2 pihak (aku dan company) degil taknak kalah, aku taknak bagi resign letter, company taknak issue aku retrenchment letter... dia tau, kalau dia issue aku surat tu, aku akan terus bawak pergi industrial court, silap2 sampai 24 bulan pampasan dia kena bayar kat aku...

Hampir 2 minggu jugaklah aku dtg kerja goyang kaki, then bos aku lak hari2 panggil aku pressure aku suruh bagi resign letter...

Sampai aku dah tak tahan sgt, aku terus bagi Forced Resignation Letter, kat dalam tu aku tulis, aku disuruh oleh company utk berhenti... melompat mcm beruk bos aku, mengamuk dia... dia kata dia takkan terima surat tu... aku terus letak je atas meja dia, terus aku keluar opis balik rumah...

Pastu, dia start lah cari semua salah aku yg sekecik2 kuman pun dia ungkit... 2 hari lepas tu, aku dah malas pikir dah, aku buat resign letter, konon aku yg nak berenti, pastu aku cakaplah kat dia, aku dah bagi resign letter ni, aku harap dia kotakan janji dia... kalau dia bayar, adalah rezeki aku, kalau tak maknanya bukan rezeki aku la tu...

Sekarang ni aku masih lagi tunggu dia bayar compensation aku tu... dia janji nak bayar next week... takpelah, aku tunggu je lah...

Masalah utama aku skrg ni ialah nak cari kerja... sekarang ni kerja mmg susah sgt2 nak cari...

So, aku harap korang semua dapatlah doakan agar Allah permudahkan segala urusan aku dan diberikan ketenangan fikiran, jiwa dan hati...

Aku yakin setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.... 

34 comments:

  1. sabarlah awak ye :( saya harap awak akan kuatkan semangat InsyaAllah ada jalannya..

    ReplyDelete
  2. Semoga masalah awak selesai dengan sebaik2 solusi. Sabar jelah, ada hikmahnya tu...InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Ya allah kejam nya company...hurmmm takut nya baca ni. Moga kau tabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekonomi tgh teruk ni, dia cari hal je lah....

      Delete
  4. semoga ada kerja yg awak boleh cari nanti, inshaAllah. All de best. allah bagi dugaan bersesuaian dengan hamba dia. bersabarlah :)

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. thank you... InsyaAllah saya amalkan jugak Surah Al-Insyirah...

      Delete
  6. Ish, dahsyatnyaa, saeram gak ehh, takpe....

    rezeki pastii ada...AMIN !

    ReplyDelete
  7. Insyaallah. Semoga dipermudahkan urusan dan mendapat kerja.

    ReplyDelete
  8. Cam tu je dia buat? Company mane la ni --' yg dia pun thu comp holland dh bankrupt nk teruskan buat ape --' mmg btol mmbzir la klau pegi pon.

    Tkpe bro, smoga rzeki lpas ni yg trbaik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk buat mcm mana Mek, dah mmg company dia... harap2 dpt kerja yg lebih baik..

      Delete
  9. Lumrah hidup seorang manusia takkan pernah terlepas dari dugaan. Banyak banyakkan bersabar kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya.

    ReplyDelete
  10. huhu..sedihnya..Tapi awak ada pengalaman. Insya Allah ada kelebihan..kena hari2 buka jobstreet la ni. Insya Allah ada yang sangkut..Kalau usaha mesti Dia bagi yang lebih baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. jobstreet dah beribu dah apply, siap bayar utk subscribe priority application... belum ada rezeki lagi nk dpt kerja lain... skrg ni mmg ekonomi teruk sgt..

      Delete
  11. ikutkan mmg tak adil n x profesional sgt cara dia tu. biasala boss kan, ego tinggi. takleh salah cket. takpalah kalo dia aniaya esok lusa dia akan terima akibatnya jugak . Apapun anggaplah ni semua dugaan. banyakkan bersabar, think positive n doa byk2. insyaAllah rezeki ada dimana2

    ReplyDelete
  12. Allah.. berat dugaan awak..
    Sha doakan semoga awak dimurahkan rezeki..
    Dipermudahkan urusan..
    Semoga sentiasa dalam rahmat Allah..

    ReplyDelete
  13. Ya Allah... Jahatnya bos tu.. Semoga nanti cepat2 dapat kerja baru.. Aminnn....

    ReplyDelete
  14. alahai sedihnya kena buang kerja.semoga dapat kerja baru cepat2..

    ReplyDelete
  15. Oh! baru terbaca ni..
    Bersangka baik dengan Allah pasti ada hikmah disebaliknya.
    Sekarang dah dapat kerja ke?
    Mrs. A doakan semoga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  16. Saya pun sama...saya kerja kerajaan...tp x sambung kontrak untuk tahun depan...sedihnya.

    ReplyDelete
  17. Semoga tabah. inshaAllah ada hikmah tu.. :) sabar yer

    ReplyDelete

  18. Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!
    Synergy & Primavera P6 Support



    ReplyDelete
  19. I thought it was going to be some boring old post,
    Primavera P6 Training &P6 Training

    ReplyDelete
  20. I wanted to thank you for this great read.Thanks for sharing
    Primavera P6 Training & P6 Training

    ReplyDelete
  21. Sy pun tgh mngalami pengalaman sy sama kna buang kerja tanpa sebab kukuh.

    ReplyDelete
  22. Cuba cari lerja di luar Malaysia..Insyaallah rezeki ade tu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...