Sudi-sudikanlah Untuk MengKlick Banner Di Bawah Ni... Thank You...

Showing posts with label penipu. Show all posts
Showing posts with label penipu. Show all posts

Thursday, 30 June 2016

The Worst Ramadhan Buffet aku pernah pergi. Oceania The Summit Hotel,

Tadi aku dgn geng2 opis aku berbuka puasa kat Buffet Ramadhan Oceania The Summit Hotel USJ...

Sepanjang hidup aku, ni lah Ramadhan Buffet paling teruk sekali aku pernah pergi..

Rate mahal nak mampos RM78 per pax, so, my expectation mestilah sesuai dgn harga..

Benchmark aku ialah Kambing Panggang, seperti yg dia letak dlm iklan..

Aku mmg penggemar kambing panggang, so, inilah yg mula2 sekali aku akn ambik masa iftar..

Kat Oceania The Summit Hotel ni sebenarnya bukan kambing panggang... aku boleh kategorikan Sayur Panggang...
Sayur panggang, bukan kambing panggang...

Agak2lah nak kaut untung pun, sayur kau dah 80% dpd portion kambing tu..

Dahla aku ni mmg jenis tak makan sayur..

Bila aku mintak kat penjaga stall tu, nak kambing only, dgn muka musibat dia kata tak boleh..
Musibat penjaga stall kambing...

Aku pun tunjuk lah kat kambing yg dia tgh potong tu.... dia kata still tak boleh jugak, sebab dia nak campurkan jugak dgn sayur yg melimpah kat dlm kuali tu...

Aku cakap aku tak makan sayur, aku nak kambing jer... musibat tu jawab, kalau I bagi kat you kambing saja nanti orang lain pun akn mintak mcm tu jugak....WTF???

That's not my problem... aku bayar nak makan kambing panggang kot, bukan sayur panggang... siot betul lah...

Kalau takut daging kambing tu tak cukup, prepare lah lebih2... bukan murah2 aku bayar, RM78 per pax tu...

Mamat tu buat muka musibat dia tak layan aku... aku pun geram, pergi amik 2 pinggan, suruh dia letak sayur2+daging kambing tu atas pinggan aku, depan2 dia aku asingkan daging kambing yg tak sampai 7 helai tu kat pinggan satu lagi...

Pinggan yang penuh dengan sayur tu aku tinggalkan jer kat situ... geram betul aku...

So, untuk siapa2 yg nak Iftar kat Summit Hotel tu, aku rasa tak payahlah... buang duit jer...

Dahlah org penuh giler, dia main sumbat jer semua org, tak pikir lauk cukup ke tak... pastu bila lauk, nasik, air habis, diorg tak top-up... memang perangai macam komunis...


Oceania The Summit Hotel

Oceania The Summit HotelOceania The Summit Hotel

Thursday, 2 June 2016

Skim Cepat Kaya Yang Kayap...

Skim cepat kaya ni ialah satu skim yg konon2nya boleh buat kita kaya dlm masa yg singkat...

Itu semua poyoooo...

Skim cepat kaya ni sebenarnya mengkayakan org2 yg mewujudkan skim2 tu sendiri..

Dan biasanya, org2 di belakang skim ni merupakan org2 yang sama..

Skim cepat kaya ni biasanya dikaitkan dengan ponzi, piramid, MLM dan sebagainya..

Menurut Wikipedia;

"Skim Ponzi adalah operasi pelaburan penipuan yang membabitkan pulangan (keuntungan) yang luar biasa besarnya kepada pelabur dari wang yang dibayar oleh pelabur berikutnya, dan bukannya dari pendapatan bersih yang dihasilkan dari sebarang business sebenar, yang dinamakan sempena Charles Ponzi. Sistem penipuan ini merupakan sistem yang dipakai oleh majoriti skim cepat kaya. Sifat semulajadi Sistem Ponzi, ia tidak akan kekal lama dan cuma menunggu masa untuk si penipu melarikan wang mangsa-mangsa yang tertipu."

Kalau nak relate kan dgn piramid pulak, bentuk dia mmg mcm piramid sebab semakin lama, downline akn semakin banyak, dan duit org2 bawah @downline akn disonglap oleh orang atas @upline..

Lepas dah songlap, diorg pun lari menghilangkan diri...

Aku sendiri sebenarnya pernah terjebak dengan menatang ni...

Dan sebab menatang2 ni jugaklah aku hampir muflis dan berhutang keliling pinggang suatu masa dahulu...

Aku terkena masa zaman2 Swisscash, Winlifund, Abfund dan yang sewaktu dengannya...

Masa tu siap dgn riak dan takburnya aku bagitau kat kengkawan, kalau aku nanti dah kaya, aku nak berenti kerja, jgn jeles dgn aku...

Masa tu semacam bodoh sangat lah diri aku ni aku rasa...

Diorg2 ni pun sebenarnya memburukkan nama baik skim pelaburan yg legal dan jugak multi level marketing yg berniaga secara jujur...

Secara tak langsung, org2 MLM yg jujur ni mendapat tempiasnya...

Skim cepat kaya ni membuatkan diri aku ni sedar yang sebenarnya bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...