Sudi-sudikanlah Untuk MengKlick Banner Di Bawah Ni... Thank You...

Showing posts with label scam. Show all posts
Showing posts with label scam. Show all posts

Thursday, 2 June 2016

Skim Cepat Kaya Yang Kayap...

Skim cepat kaya ni ialah satu skim yg konon2nya boleh buat kita kaya dlm masa yg singkat...

Itu semua poyoooo...

Skim cepat kaya ni sebenarnya mengkayakan org2 yg mewujudkan skim2 tu sendiri..

Dan biasanya, org2 di belakang skim ni merupakan org2 yang sama..

Skim cepat kaya ni biasanya dikaitkan dengan ponzi, piramid, MLM dan sebagainya..

Menurut Wikipedia;

"Skim Ponzi adalah operasi pelaburan penipuan yang membabitkan pulangan (keuntungan) yang luar biasa besarnya kepada pelabur dari wang yang dibayar oleh pelabur berikutnya, dan bukannya dari pendapatan bersih yang dihasilkan dari sebarang business sebenar, yang dinamakan sempena Charles Ponzi. Sistem penipuan ini merupakan sistem yang dipakai oleh majoriti skim cepat kaya. Sifat semulajadi Sistem Ponzi, ia tidak akan kekal lama dan cuma menunggu masa untuk si penipu melarikan wang mangsa-mangsa yang tertipu."

Kalau nak relate kan dgn piramid pulak, bentuk dia mmg mcm piramid sebab semakin lama, downline akn semakin banyak, dan duit org2 bawah @downline akn disonglap oleh orang atas @upline..

Lepas dah songlap, diorg pun lari menghilangkan diri...

Aku sendiri sebenarnya pernah terjebak dengan menatang ni...

Dan sebab menatang2 ni jugaklah aku hampir muflis dan berhutang keliling pinggang suatu masa dahulu...

Aku terkena masa zaman2 Swisscash, Winlifund, Abfund dan yang sewaktu dengannya...

Masa tu siap dgn riak dan takburnya aku bagitau kat kengkawan, kalau aku nanti dah kaya, aku nak berenti kerja, jgn jeles dgn aku...

Masa tu semacam bodoh sangat lah diri aku ni aku rasa...

Diorg2 ni pun sebenarnya memburukkan nama baik skim pelaburan yg legal dan jugak multi level marketing yg berniaga secara jujur...

Secara tak langsung, org2 MLM yg jujur ni mendapat tempiasnya...

Skim cepat kaya ni membuatkan diri aku ni sedar yang sebenarnya bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah...

Wednesday, 25 May 2016

Masalah dengan Allianz Life Insurance - Part 3

Ok... sambungan daripada aku kena kencing dgn Allianz pasal surat..

Aku pun tunggu lah buat kali keduanya due date utk dptkan balik refund aku...

Tarikh yang ditunggu2 pun tiba...

seminggu lepas tarikh tu, aku pun call lah Allianz tanya pasal status...

Allianz kata aku kena buat surat utk stop kan polisi...

Adooooiii... mula2 tak suruh aku buat surat, sekarang ni suruh pulak... mmg hampeh Allianz ni..

Takpelah, not a big deal... senang je buat surat tu...

Aku pun buat surat utk stop kan polisi dan mintak refund from Allianz...

Lepas je submit surat tu, aku tanya berapa lama boleh dpt refund? berapa dia akan refund??

Diorg jawab amik masa dlm 2 minggu diorg akn meeting dulu lah, buat SOP lah...

Ok takpe, aku tunggu lagi 2 minggu...

Lepas 2 minggu aku call balik aku tanya bila dia akn refund dan berapa??

Diorg kata akn hantar check kat aku dlm masa seminggu amount RM***.** tak sampai 1/4 daripada yg aku dah bayar tiap2 bulan kat diorg dan kurang dpd amount yg aku kena bayar sendiri kat hospital masa aku sakit dulu tu...

Takpelah, dah rezeki aku banyak tu jer kan, nak buat mcm mana, bersyukur je lah... janji dia refund balik walaupun sikit.... Alhamdulillah...

So, lepas seminggu aku call lagi sekali kat Allianz, tanya status, dia kata check tak keluar lagi...

Aku bagitau dia, takpelah, alang2 check tak keluar lagi, aku nak mintak diorg tukar alamat penghantaran ke alamat office aku, senang sikit.... so diorg pun tukar lah...

Lepas seminggu aku call lagi, diorg kata lagi senang kalau bank in jer ke account bank aku... pastu suruh aku isi form E-Payment Authorization Form... aku masih sabar lagi, aku pun kelam kabut print out, isi, scan dan sent kat diorg.... kesilapan aku, aku tersent salah file (borang kosong)...

So, selang 3 hari pastu aku pun sent lah lagi sekali form yg aku dah isi yg sebenar...

Selang 2 hari pastu (hari ni, hari aku post entry ni) aku dpt email dpd Allianz lak kata "there’s an outstanding document which is the Surrender Form and Policy contract. We will proceed upon receiving the original document."

WTH!!!!!!... sekarang ni lak nak suruh aku isi Surrender Form bagai... aku terus call Allianz tadi, tanya dia apa benda ni??? korang nak bayar ke tak?? ...

Last2 Allianz cakap, takpe ignore je email tu, Allianz akn buat bayaran dlm masa 5-7 hari...

Ok, takpe, aku akn tunggu lagi 5-7 hari...

Aku siap buat chronology lagi setiap kali call dan received email from Allianz... setiap perbualan aku take note, tanya dengan siapa aku bercakap, date bila, time bila...

Kepada Allianz.... DO NOT BULLY YOUR CUSTOMER!!!!!!



Tuesday, 24 May 2016

Masalah dengan Allianz Life Insurance - Part 2

So, sambungan entry aku sebelum ni pasal Allianz...

Lepas je aku balik rumah dalam keadaan sakit, aku pun call pihak Allianz untuk mintak penjelasan..

At the same time aku call agent aku bagitau pasal masalah ni..

Dia kata, akn dptkan full refund semua bayaran yg aku dah buat masa rawatan sebelum warding hari tu...

Selepas beberapa minggu menunggu malangnya pihak Allianz taknak bayar..

Then, aku dah bengang aku cakap aku nak terminate je polisi aku..

Pihak Allianz come out with satu proposal dan kata kalau aku agree dgn proposal tu, suruh aku sign surat tu dan submit...

Terus terang lah aku cakap, aku dah takde hati dah nak teruskan polisi aku dgn Allianz ni..

Aku bayar bulan2 tapi bila aku perlukan GL tak dapat...

So, aku pun tak sign surat tu dan tunggu sampai due date dia (ada mention kat dalam surat tu kalau aku tak sign sampai due date tu maksudnya aku tak setuju).

Dalam surat tu jugak mentioned kalau aku tak setuju, Allianz akn pulangkan insurance cost dan polisi tu akn void...

Aku pun tunggu lah tarikh keramat tersebut...

Malangnya, sekali lagi Allianz nak kencing aku dan bagi lagi satu surat yg lebih kurang sama dengan yg sebelum ni tapi due date tu di extand kan lagi sebulan... Hangin satu badan aku....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...