Sudi-sudikanlah Untuk MengKlick Banner Di Bawah Ni... Thank You...

Thursday 2 June 2016

Skim Cepat Kaya Yang Kayap...

Skim cepat kaya ni ialah satu skim yg konon2nya boleh buat kita kaya dlm masa yg singkat...

Itu semua poyoooo...

Skim cepat kaya ni sebenarnya mengkayakan org2 yg mewujudkan skim2 tu sendiri..

Dan biasanya, org2 di belakang skim ni merupakan org2 yang sama..

Skim cepat kaya ni biasanya dikaitkan dengan ponzi, piramid, MLM dan sebagainya..

Menurut Wikipedia;

"Skim Ponzi adalah operasi pelaburan penipuan yang membabitkan pulangan (keuntungan) yang luar biasa besarnya kepada pelabur dari wang yang dibayar oleh pelabur berikutnya, dan bukannya dari pendapatan bersih yang dihasilkan dari sebarang business sebenar, yang dinamakan sempena Charles Ponzi. Sistem penipuan ini merupakan sistem yang dipakai oleh majoriti skim cepat kaya. Sifat semulajadi Sistem Ponzi, ia tidak akan kekal lama dan cuma menunggu masa untuk si penipu melarikan wang mangsa-mangsa yang tertipu."

Kalau nak relate kan dgn piramid pulak, bentuk dia mmg mcm piramid sebab semakin lama, downline akn semakin banyak, dan duit org2 bawah @downline akn disonglap oleh orang atas @upline..

Lepas dah songlap, diorg pun lari menghilangkan diri...

Aku sendiri sebenarnya pernah terjebak dengan menatang ni...

Dan sebab menatang2 ni jugaklah aku hampir muflis dan berhutang keliling pinggang suatu masa dahulu...

Aku terkena masa zaman2 Swisscash, Winlifund, Abfund dan yang sewaktu dengannya...

Masa tu siap dgn riak dan takburnya aku bagitau kat kengkawan, kalau aku nanti dah kaya, aku nak berenti kerja, jgn jeles dgn aku...

Masa tu semacam bodoh sangat lah diri aku ni aku rasa...

Diorg2 ni pun sebenarnya memburukkan nama baik skim pelaburan yg legal dan jugak multi level marketing yg berniaga secara jujur...

Secara tak langsung, org2 MLM yg jujur ni mendapat tempiasnya...

Skim cepat kaya ni membuatkan diri aku ni sedar yang sebenarnya bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah...

2 comments:

  1. Aku pun pernah terkena, dlm berhati2 terjebak jugak sbb kononnya nk langsaikan hutang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. last2 lagi bertambah hutang kan... mmg hampeh betul skim2 cepat kaya ni....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...