Sudi-sudikanlah Untuk MengKlick Banner Di Bawah Ni... Thank You...

Tuesday 16 August 2016

Hard Rock Cafe Amsterdam...

Entry ni aku nak citer tentang masa aku kat Amsterdam last week...

Masa hujung minggu kat sana aku gunakan sebaik mungkin berjalan2 kat sekitar Amsterdam..

Antara tempat yg mesti pergi masa kat situ ialah Hard Rock Cafe Amsterdam...

Aku pergi kat HRC tu bukan nak minum pun, just nak beli baju dan souvenir HRC kat Hard Rock Shop untuk kengkawan...



Cara paling senang kalau korang nak pergi situ ialah dgn naik tram...

Bawah ni aku list down step2 kalau korang nak pergi sana daripada Schiphol Airport...

1. Bila korang sampai jer kat Schiphol Airport, korang kena beli tiket train dpd Airport ke Amsterdam Central (Centrum)... beli day rider punya tiket, harga € 9.40 untuk pergi dan balik.. nak beli tiket boleh beli kat counter ataupun kat machine... tapi kat machine hanya terima duit coins dan credit/debit card sahaja... kalau korang ada notes/duit kertas, korang kena beratur beli tiket kat counter...

2. Lepas dah ada tiket tu, korang pergi cari screen yg menunjukkan Platform ataupun lane mana yg korang kena tunggu train tu nanti... dalam bahasa Dutch dia panggil "spoor"....

3. Dah tau platform mana, korang terus lah pergi kat platform tu... tapi, sebelum korang masuk kat gate nak masuk platform tu, make sure korang scan dulu train ticket tu...

4. Dah tunggu kat platform, bila train sampai jer, korang naik lah train ke Amsterdam Central... aku rasa dlm lebih kurang 20 minit kot nak sampai ke sana... train dia ada 2 tingkat, dan siap ada wifi connection lagi...

5. Bila korang sampai jer kat Amsterdam Central, korang kena keluar bangunan station tu dan pergi cari tram stop kat depan Amsterdam Central tu...

6. Cari tram number 1, 2 or 5... cakap nak pergi Leidseplein... tram ticket tu harga € 2.90 dan boleh guna selama sejam jer...

7. Bila tram tu sampai jer kat Leidseplein, korang turun dan tanya kat org2 kat situ mana Hard Rock Cafe... dah dekat dah sebenarnya... dalam 300m jer from tempat korang turun tram tu tadi... cuma tempat dia agak tersorok sikit...


8. Sampailah korang kat Hard Rock Cafe Amsterdam tu... nak cari apa2 souvenir or baju, boleh cari kat Hard Rock Shop sebelah HRC tu...

9. Untuk memudahkan lagi, kat depan HRC tu ada tempat orang main catur besar... kalau korang jumpa tempat tu means korang dah sampailah kat HRC tu...


Ok.... harap2 explanation ni dapat memudahkan kalau korang nak ke sana nanti...

11 comments:

  1. Replies
    1. masa tu dah seminggu letih bekerja... hujung minggu curi masa gi jenjalan kejap tenangkan fikiran... hehehe

      Delete
  2. mek rase, kalau nk pegi amsterdam ni, mek kena duk kl dlu sbulan dua pastuh hari2 kena naik train --" bro, sane hrga baju murah drp sini ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takyah duk kl mek... saya pun selama ni seumur hidup pernah sekali je naik LRT kat KL ni...
      harga baju lebih kurang mcm kat mesia jer kalau convert... tapi baju HRC tu mmg takde jual kat tempat lain... sama jugak mcm HRC Kuala Lumpur, Penang & Melaka..

      Delete
  3. Memang best kalau dapat jalan2 pergi tmpt mcmni, luas pemandangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauh perjalanan, luas pemandangan, tenang fikiran, letih badan... hehe

      Delete
  4. minat betul hard rock cafe ya. pengumpul tegar tshirt hrc ek? haha niceee

    ReplyDelete
    Replies
    1. t-shirt tak larat lah nak kumpul, tak mampu, mahal sgt....beli setakat termampu jer..hehehe
      last March tak sempat pegi HRC Istanbul... :P

      Delete
  5. seronoknya dapat naik tram, jalan2, beli souvenir. so jelly..

    ReplyDelete
  6. Bestnya catur besar tu..
    Cantik2 gambar yang diambil..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...