Sudi-sudikanlah Untuk MengKlick Banner Di Bawah Ni... Thank You...

Sunday, 10 July 2016

Balik Raya: Rumah Mak Ayah Jadi Hotel, Mak Jadi Bibik

Raya tahun ni, aku masih lagi solo...

Abang2 dan adik2 aku balik raya bawak isteri dan anak2 diorg..

Memang riuh rendah lah rumah mak ayah aku ni..

Memang seronok bila ada anak2 buah ramai kat kampung ni..

Tapi yg tak menyeronokkan ialah bila masing2 menganggap yg rumah mak ayah diorang ni macam hotel, dan menganggap mak dan ayah serta adik beradik yg belum kawin ni sebagai bibik...

Anak2 korang sepah2kan rumah, so, korang tolonglah kemas sekali... takpun ajar anak2 korang yg dah besar2 tu kemas rumah..

Ni, aku dgn mak dan adik pompuan aku lak yg nak kena jadi orang gaji tak bergaji..

Pagi2 dahlah bangun lambat, taknak tolong masak, dah perut rasa lapar, tau pulak turun cari makanan...

Yang bini tu pulak, takkan tak reti nak tolong mak mertua kat dapur, siapkan sarapan pagi raya...

Suami pulak, tak reti nak tegur bini dgn anak2...

Anak2 tak boleh ditegur, kalau ditegur mulalah jeling2 aku mcm aku ni buat salah...

Aku memang hangin satu badan kalau dahlah tak reti nak tolong siapkan sarapan, lepas mencekik, tak reti pulak nak basuh pinggan...
Sekadar gambar hiasan

Ada pulak, bibik yg kena basuhkan, samada aku, mak aku atau adik perempuan aku yg jadi mangsa..

Biasanya memang kitorang 3 orang ni je lah yg kena jadi bibik untuk Tuan2 dan Puan2 besar tu..

Ni belum lagi citer pasal bilik masing2... macam tongkang pecah... kesian kat mak aku nak kena kemas bila diorg balik..
Sekadar gambar hiasan

Aircond dah on tak reti nak off... kesian mak bapak aku kena bayar duit letrik beratus2 hengget...

Tolonglah jangan jadi selfish.. walaupun korang tu saudara aku tapi janganlah amik kesempatan...

Sampaikan mak aku bagitau kat aku, dia harap yg family abg2 aku ni jgn balik lama2 kat kampung ni.. penat dia...

Mak aku jadi serba salah kalau nak tegur... sepatutnya masing2 dah besar kena lah faham2 sendiri... belajar tinggi2 pun tak guna kalau takde kesedaran sivik nih...

Aku harap diorg ni ubah lah sikap masing2... hari raya ni masa untuk eratkan silaturrahim... jangan lah sampai hari raya ni jadi hari nak menyakitkan hati orang lain pulak...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...