Sudi-sudikanlah Untuk MengKlick Banner Di Bawah Ni... Thank You...

Sunday 17 July 2016

Tak Perlu Samak Jika Terkena Anjing dan Babi...

Kita ni bila terkena najis mughalazah, anjing dan babi selalu jer nak suruh samak..

Sebenarnya dalam Islam, kita tak perlu pun samak kalau terkena najis mughalazah ni..

Seingat aku masa belajar dulu pun tak suruh samak pun kalau terkena najis yg berkaitan anjing dan babi ni..

Dalam Islam menyuruh kita untuk mencuci bahagian yang terkena najis tu sebanyak 7 kali, 6 bahagian air mutlak dan 1 bahagian adalah dengan air yang bercampur dengan tanah...

Perbuatan ini dipanggil sertu... bukannya samak...

Samak ialah perbuatan untuk mencuci kulit bangkai dengan tujuan untuk menggunakan kulit tersebut..

Contohnya, samak kulit lembu untuk dijadikan kompang, kulit buaya utk nak buat talipinggang, dsb..

Antara alat2 yg digunakan untuk menyamak ni seperti limau, tawas, cuka dan sebagainya...

Anjing, babi dan keturunannya takkan suci walaupun setelah disamak...

Untuk lebih detail lagi korang bolehlah rujuk kepada orang2 yang lebih alim...

Wallahu a'lam..


6 comments:

  1. gituuu. spouse mek kalau rawat anjing dia akan guna sabun khas tu lahh. tapi panggil samak jugak. haha. salah term upenya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabun tanah tu boleh guna dgn syarat kuantiti tanah dlm sabun tu lebih dpd bahan lain... wallahu a'lam..

      Delete
    2. "Samak menggunakan Sabun Taharah? Mufti Wilayah Persekutuan berpendapat bahawa tidak wajib atau tidak sah menggunakan Sabun Taharah untuk menyamak najis anjing dan babi kerana kandungan tanah di dalamnya adalah sedikit iaitu 5% sahaja. Begitu juga dengan Mufti Negeri Selangor yang berpendapat bahawa tidak sah menggunakan Sabun Taharah semasa samak najis anjing dan babi, kerana samak mestilah dengan menggunakan tanah yang asli.

      Kesimpulan dari kedua pendapat di atas ialah tidak sah samak dengan menggunakan barang alternatif lain selain dari tanah, kecuali apabila dalam keadaan darurat sahaja seperti contoh : apabila mengunakan tanah boleh merosakkan barang yang terkena najis anjing dan babi atau boleh mendatangkan kemudharatan kepada orang yang terkena najis anjing dan babi. Maka dari itu dibolehkan menggunakan barang alternatif lain untuk menyamak najis Mughallazah (anjing dan babi)."

      copy paste / http://mama-syafi.blogspot.my/2010/07/jika-terpegang-anjing-barangan-dari.html

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...