Sudi-sudikanlah Untuk MengKlick Banner Di Bawah Ni... Thank You...

Friday, 27 May 2016

Kenapa Aku Nak Sangat Dapatkan PhD....???

Aku ni bukan lah budak pandai...

Tapi aku ada keinginan... nak ada PhD..

Sebenarnya, sebagai Engineer aku tak perlu pun ada Master or PhD bagai..

Abg2 aku semua ada PhD...

Adik aku sorang Medical Doctor, yg sorang lagi baru habis Master...

Aku sendiri ada Master, dan dah pernah pun buat PhD, tapi tak habis, belum ada rezeki...

Adik aku yg ada Master tu mmg aku encourage dia sgt utk sambung PhD walaupun aku sendiri tak habis buat... hehehe

Tapi bukan itu persoalannya...

Persoalannya ialah, kenapa aku nak sangat semua adik beradik aku ada title Dr....


Ceritanya mcm ni...

Dulu masa aku mula2 lahir kat dunia ni, bapak aku dpt tawaran sambung Master kat US..

Disebabkan aku ni kecik lagi, Arwah Atuk aku tak bagi Mak aku bawak aku pi US..

Dia kata kat sana sejuk, nanti aku beku...

So, Ayah, Mak dan abg2 aku pun pegilah ke US...

Aku lak tinggal dgn Atuk aku kat kampung...

Lepas setahun, Ayah aku dah lulus Master, dia dpt tawaran utk sambung PhD terus kat US tu...

So, diorang pun tulis lah surat kat Arwah Atuk aku, mintak dia hantarkan aku kat airport Subang, nanti Ayah aku akan tunggu lah kat airport sana.. Dlm surat tu jugak, ayah aku siap bagi sekali gambar Mak Aku sedang kesedihan merenung gambar aku semasa baby...

Arwah Atuk aku tak bagi buat camtu, dia balas surat tu, bagitau yg cucu dia ni bukan barang2 yg nak pos2...

Ayah aku pun decide lah utk tak meneruskan pengajian dia peringkat PhD dan balik Malaysia hanya dengan Master Degree dia...

Kerana perkara tu lah aku terasa bersalah sangat...

Aku terasa mcm aku ni telah menyebabkan Ayah aku tak dpt menggenggam PhD dia..

So, aku berazam sgt untuk aku dan semua adik beradik aku agar dpt PhD, sebagai hadiah untuk Ayah aku...


5 comments:

  1. thanks for the comment... ini mmg based on my own experience...

    ReplyDelete
  2. MENYENTUH PERASAAN... bestnya boleh sampai phD... saya nak abiskan degree pun sangkut

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...