Sudi-sudikanlah Untuk MengKlick Banner Di Bawah Ni... Thank You...

Monday, 30 May 2016

Sedikit Kisah Ketabahan Adik Perempuanku...

Aku ada sorang adik perempuan..
Dia dah pun berkahwin..

Tapi sekarang ni dia dah pun jadi ibu tunggal dgn 2 org anak lelaki...

Suami dia dah meninggal dunia 4 tahun lepas disebabkan cancer...

Sewaktu diagnose arwah ni kena cancer dulu adik aku ni tgh sarat mengandung anak kedua dia...

Sebelum tu ok jer, arwah siap boleh gurau2 lagi dgn aku..

Tiba2 jer arwah ngadu sakit perut yg amat sangat...

Pergi check kat doctor, doctor kata Liver Cirrhosis, hati dia dah keras, malfunction..

Pergi lak check kat hospital, found out yg liver dia dah ada cancer...

Arwah terus jadi demotivate sangat, balik rumah terus demam...

2 minggu lepas tu Arwah menghembuskan nafas yang terakhir, dan menemui Penciptanya..

Masa tu Adik aku ni tengah sarat sangat...

Bayangkan, dahlah sedang sarat, dalam masa yang sama Suami yg disayangi meninggal dunia..

Memang besar jugak dugaan yang adik aku tanggung...

Walaupun aku nampak airmata adik aku ni tak henti2 mengalir, aku dapat tengok ketabahan hati dia...

Tiba masa adik aku ni nak bersalin anak dia yg 2nd tu, aku siap bergaduh2 lagi dgn boss aku sebab aku nak tunggu adik aku kat hospital, boss aku tak bagi...

Bila dah bersalin jer, aku terus pergi jumpa nurse, tanya keadaan adik aku, dia kata dah selamat bersalin..

Aku nak tengok baby, nurse kata takleh sebab hanya suami jer yg dibenarkan... dgn nada sebak aku bagitau kat nurse tu yg suami dia dah meninggal, aku ni abang dia yg bertanggungjawab keatas dia...

Terus nurse tu minta maaf dan bagi aku masuk..

Aku terus pegang baby sebab nak azan kat telinga dia... suara aku menggeletar dan tak terkeluar, sebab sebak sangat... anak ini tak dapat menatap wajah ayahnya sejurus lahir ke dunia ni...

Aku gagahkan jugak diri aku untuk azankan dan qamatkan kat baby tu.. lepas tu aku cium dia, sambil air mata aku mengalir ke pipi baby tu...

Semoga baby ni akan menjadi anak yang soleh... InsyaAllah...

Aku letakkan baby tu balik kat bawah lampu dan terus gi tengok adik aku... aku buat2 senyum untuk pastikan adik aku tabah untuk menghadapi hari2 mendatang...


11 comments:

  1. begitu berat ujian yang diterimanya, semoga mereka sekeluarga dapat bertemu kembali di dalam syurga kelak. in shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. thanks for the comment..

      Delete
  2. Simple words... ahhhh! sedihnya.... semoga adik awak tabah dan diberikan kekuatan oleh-Nya. Amiinn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah... Amiiinnn... thanks for the wish and comment...

      Delete
  3. Adik awak sememangnya seorang yang kuat..

    ReplyDelete
  4. Adik awak sememangnya seorang yang kuat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye.. kuat dan tabah.. semoga ketabahan itu mendapat keredhaan dpd Allah... insyaAllah... thanks for the comment..

      Delete
  5. Semoga Arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman dan tahniah sebab jadi abang yg caring . Be strong untuk adik awak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... InsyaAllah.. thanks for the comment...

      Delete
  6. Cekalkan hati.. semua ini ada hikmahnya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...